Surah At-Taubah Ayat 128-129

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Tuesday, February 7, 2012

Ujian Allah Bahagian 3

4-16 Januari 2012
Selepas keluar wad tubuh masih letih lagi dan nak buat apa-apa pun macam tak larat. Sambung cuti sakit di klinik berhampiran. Isnin mulai bekerja walaupun rasa tubuh belum stabil. Memang betul pun.. hari tu rasa lemah sangat. Nak mengajar pun tak larat. Cuma beri budak-budak kerja. Esoknya aku ke hospital untuk ambil darah bagi temu janji doktor minggu depannya. Masa ambil darah pun rasa macam tak sedap badan. Nak cari tempat ambil darah pun dah rasa pusing. Hari itu singgah ke klinik kesihatan Sungai Mati. Dapat cuti sakit sehari sahaja. Kena datang lagi kalau nak sambung cuti. Penat je cerita A sampai Z tentang sakit aku. Esoknya aku ke klinik swasta sambung lagi cuti dua hari. Senang cerita. Bukan tak mahu kerja tapi memang benar-benar tak sihat. Hari Jumaat aku kerja semula walaupun belum sihat. Jumaat hari tak panjang.. tak apa le.. Ada Sabtu dan Ahad lagi untuk berehat memulihkan tenaga. Isnin sambung lagi bekerja.

Selasa 17 Januari 2012
Hari ini temu janji pemeriksaan doktor. Pening juga nak cari bilik MOPC. Bila sampai sahaja orang dah ramai. Nasib baik tak tunggu lama giliran berjumpa doktor. Namun apabila bertemu doktor... mak aiiiii.. lama betul doktor meneliti keadaan aku. Doktor perempuan tu memanggil doktor pakar untuk memastikan keadaan aku. Fuhhh kena periksa berulang kali. Doktor kata Hb darah aku masih rendah.. 4.2... alamakkkk.. patut le minggu lepas lemah lagi masa ambil darah. Doktor cakap; awak kena masuk wad lagi... Apa???? Tidakkk...!!! Hendak tak hendak kena masuk wad lagi. Doktor kata kalau tidak nanti aku boleh kena strok sebab darah tak cukup. Muka dan badan aku masih pucat lagi... alahaiiii..

Abah segera kuberitahu. Beg baju yang dibawa bersama aku ambil dari dalam kereta. Nak daftar masuk wad pun kena bergaduh dengan kerani pendaftaran. Doktor kata terus masuk wad 18. Dia tunggu di sana. Kerani kata kena masuk wad lain pulak.. Abah tak puas hati terus tanya. akhirnya dapat terus masuk Wad 18 Kelas 1.. GL pun dah bawa.. apa hal kan... Yang kelakar siap ikut nurse pergi wad sambil bawa beg. Nurse kata nak naik kerusi roda ke sebab dia takut aku pengsan dan menyalahi peraturan. Aku cakap tak payah le.. sebab larat jalan.


Masuk-masuk wad sahaja dapat katil dan bilik lama aku... perut dah berkeroncong sebab dah lebih waktu makan. Tukar baju sahaja doktor pun datang memeriksa dan ambil darah. Nurse beritahu aku akan masuk bilik katil dua petang nanti. Aku cakap tak kisah. Lepas tu datang nurse bagitau sebentar lagi aku akan di X-ray... terpaksalah bersiap-siap untuk ke bilik x-ray pulak.. aduhai.. rasanya baru 3 minggu lepas kena x-ray... Balik sahaja dari x-ray barang-barang aku dah dipindahkan ke bilik lain.. Tukar bilik lain.. baru aku perasan bilik itu dulu tempat rakan lamaku ditempatkan... dan sudah meninggal dunia kira-kira 3 bulan lepas.. Al-Fatihah untuk rakanku Kak Noryani Ahmad yang menderita kanser paru-paru.

Hari ini bermulalah kehidupanku semula sebagai pesakit di hospital. Berapakah hari agaknya aku akan ditahan wad? Jarum akan menjadi teman baikku.. Letih rasanya tinggal di wad tetapi demi kesihatanku terpaksa kutempuh jua.. Kali ini aku tidak akan minta balik awal dan akan mendengar cakap doktor. Petangnya sekumpulan doktor datang dan memeriksaku. Antaranya aku masih ingat doktor pakar perempuan yang mula-mula merawatku dulu. Dia masih ingat akanku. Malamnya masuk seorang mak cik yang baharu dibedah lututnya ke dalam bilik. Legalah ada teman malam ini.. kalau tidak rasa seram jugalah... Tetapi seperti biasa tidur di hospital mana boleh lena... :)

Rabu 18 Januari 2012
Doktor pakar datang memeriksaku. Katanya ada sesuatu keras di bawah abdomen dan memberitahu aku kena menjalani Ultra-Sound esoknya... seram pulak mendengarnya. Malamnya aku terpaksa berpuasa sebelum menjalani Ultra Sound.. aduhai...

Khamis 19 Januari 2012

Pagi-pagi lagi aku dah sedia untuk dibawa ke Bilik Ultra Sound.. Pertama kali aku melihat bentuk organ dalaman aku melalui monitor. Pegawai yang bertugas memberitahu hatiku besar sedikit dan memberitahu laporan akan dihantar kepada doktor.. Selesai sahaja pemeriksaan itu aku agak bimbang sebab ada sesuatu hal yang diberitahu kepada aku.. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu...

Jumaat 20 Januari 2012
Seorang doktor bertugas memberitahu aku akan dipantau selama beberapa hari dan selagi Hb darahku tidak mencapai 7 ke atas, aku tidak boleh keluar hospital.. Aku akur sahaja. Keluarga dan rakan-rakan datang melawatku silih berganti... Rasa gembira melihat rakan-rakan yang datang.. Adik-adikku pulang melawatku. Petangnya doktor O&G mengarahku ke Wad 12 untuk memeriksaku.. Confirm.. aduhai... penyakit lain pulak dikesan.. temujanji lain pada bulan April diatur.. mujurlah penyakit ini tidak berbahaya dan ramai kaum wanita tidak menyedari penyakit ini ada pada mereka.. huh...

sabtu 21 Januari 2012
Masih menjalani rawatan seperti biasa. Jarum, darah dan ubat rutin biasa. Doktor-doktor dah mulai bercuti sempena Tahun Baru Cina dan yang jadi mangsa bertugas biasanya doktor belum sah jawatan le... kesian juga... hihihi.. aku mendapat limau daripada Persatuan Cina yang melawat hospital.

Keluarga dan rakan masih melawatku.. Yang buat aku rasa terharu apabila dua orang guru lelaki yang tak kusangka-sangka datang bersama-sama isteri datang melawatku.. peramahnya isteri mereka yang tak pernah kutemui...

Ahad 22 Januari 2012
Hari ini cuti hujung minggu dan waktu lawatan panjang.. Fuhh ramainya yang melawat mak cik sebelah.... Petangnya sepupu-sepupuku bersama keluarga datang melawatku... Riuh kami berbual... hilang rasa sakitku... petangnya abah dan emak datang membawa bersama-sama makanan menambah darah.. hehehe: hati lembu goreng... sedapnya.. Malam Tahun Baru Cina kedengaran dentuman mercun dari bilikku... aku terfikir mesti kawasan rumahku riuh rendah dengan letupan mercun sebab tahun lepas Tahun Baru Cina disambut dalam banjir... balas dendam tak berayalah tu..

Saturday, January 28, 2012

Ujian Allah Bahagian 2



30 Disember 2011
Hari kedua berada di hospital. Keluarga dan rakan-rakan mula melawat. Adikku Anuar sekeluarga pulang dari Terengganu. Sedih rasa di dalam hati sebab inilah kali pertama dimasukkan ke hospital dan terharu dengan kehadiran rakan-rakan. Rakan-rakan yang datang melawat ialah Kak Jamilah dan suami, Kak Siti Uminah, Haneeza dan Mona, Saadiah sekeluarga bersama Hana. Tidak ketinggalan Nurul dan ibunya yang singgah selepas melawat adiknya di hospital. Selepas maghrib baharulah aku dapat berpindah ke Wad 18 Kelas 1 daripada Wad 9 Kelas 3. Lega rasa hati sebab dapatlah berehat dengan selesa. Malamnya adikku Siti menemani.



31 Disember 2011
Doktor memberitahu aku menghidapi Autoimmune Hemolytic Anemia. Darah merahku dipecahkan oleh antibodiku sendiri. Nampaknya antibodi aku sendiri tak kenal kawan sendiri. Huh! Doktor memberiku steroid supaya antibodiku tidak terlalu aktif. Batuk dan demam mula melanda. Keluarga dan rakan-rakan tidak putus-putus melawatku. Malam ini aku sendirian menyambut Tahun Baru 2012 di hospital. Hari ini dalam sejarah. Pil-pil dan jarum adalah rutin harianku.

1-3 Januari 2012
Rawatan seperti biasa. Doktor mengambil darah setiap hari. Bengkak-bengkak tanganku. Pil-pil punyalah banyak harus kutelan sampai rasa loya nak termuntah. Berulang-alik ke bilik air perkara biasa. Rasa lega selepas 6 hari apabila doktor membenarkanku keluar wad. 3 Januari 2012 (Selasa) aku keluar wad tetapi aku terpaksa semua ke hospital lagi 2 minggu untuk pemeriksaan doktor.

Saturday, January 14, 2012

Ujian Allah Bahagian 1



28 Disember 2011
Rasa tidak sihat sudah lama tetapi dianggap demam biasa. Teman-teman menyarankan ke klinik untuk pemeriksaan doktor selepas tamat Mesyuarat Guru kerana mereka terkejut melihat mukaku yang pucat kuning. Terus balik ke rumah emak. Petang minta abah menghantarku ke klinik kerana tidak larat memandu. Doktor Jelita memeriksaku dan menyarankanku ke hospital segera untuk ujian darah.

29 Disember 2011
Pagi-pagi lagi ke hospital di Klinik Maharani dengan ditemani abah. Letih menunggu giliran. Lepas bertemu doktor, dia menyuruh aku membuat ujian darah dan urine. Selepas mendapat keputusan, doktor memeriksaku dan temenung sebentar sambil membuka buku notanya.. Katanya jaudice. Aku terus diarahkan masuk wad... Wad???? Aku tak pernah masuk wad!!! Aku segera memberitahu abah dan aku diarahkan masuk ambulan untuk dihantar ke wad. Maka masuk le aku wad 9 Katil No 23. Rasa tak tahu nak kata apa....

Duduk sahaja di katil.. aku mula dikerumuni doktor dan pasukan doktor pelatihnya.. dah jadi bahan uji kaji.. macam orang bodoh sahaja dibuatnya. Tapi apabila dah kerjaya aku sebagai guru, mulut mulalah bertanya macam-macam... doktor kata darahku kurang kerana pecah. Pecah sebab apa... doktor kata banyak sebab... belum tahu puncanya. Darahku diambil... jarum dicucuk sana sini.. sakitnya tak terperi.. Jururawat kata darahku rendah.. Hb: 4 sahaja masa masuk wad.. aku tanya normal berapa... dia kata dalam 11-15... pulak...

Waktu petang.. abah, emak dan adikku siti datang.. begitu juga dengan makcik Ros dan keluarga.. terhiburlah sikit.. apabila mereka balik.. rasa meleleh je air mata... tinggal sorang-sorang di hospital.


Lepas maghrib seorang jururawat kata aku akan dimasukkan darah tengah malam nanti. Rasa takut pun ada sebab darah orang lain akan dimasukkan dalam badan.. selamatkah? Namun dengan rasa berserah kepada Allah, aku menandatangani borang yang dihulurkan oleh doktor selepas dia menerangkan risiko menerima darah. 12.30 malam darah mula dimasukkan ke dalam badanku. Tetapi malangnya susah mengalir... datang seorang doktor lain mengejutkan aku dari tidur untuk mencucuk jarum pada tangan sebelah lagi kerana darah tadi tidak dapat masuk dengan baik... adoii le... kena jarum lagi... Baru aku tahu aku ni mempunya darah jenis B+. Nampaknya darah yang kuterima tadi sesuai dengan badanku.. Alhamdullilah. Sampai ke pagi aku tidak dapat tidur kerana sekejap-sekejap jururawat datang memeriksa tekanan darah.

Monday, November 7, 2011

Salam Aidiladha

Semoga pengorbanan kita pada tahun ini mendapat keberkatan-Nya. Inshaallah.

Friday, September 23, 2011

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kasih sayang dalam sesebuah keluarga dizahirkan dalam pelbagai cara. Ada melalui perbuatan, sentuhan atau kata-kata malahan ada juga melalui pemberian wang dan harta benda. Namun ada juga kasih sayang yang tidak kelihatan tetapi kita gunakan mata hati untuk melihatnya. Gunakan kesempatan Aidilfitri ini untuk merapatkan silaturrahim antara ahli keluarga dan elakkan perselisihan. Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

Thursday, August 25, 2011

Saturday, August 6, 2011

Selamat Berpuasa

Budak letih puasa! Hahahaha..

Kepada semua saya ucapkan: Selamat menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadan ini. Semoga ibadah yang kita lakukan diterima dan mendapat rahmat-Nya. Aammin

Monday, July 25, 2011

Selera oh Selera

Bulan Ramadan sudah hampir tiba. Selain menunaikan ibadah, puasa juga dapat merehatkan sistem penghadaman daripada kerja berat selama 11 bulan. Segala toksin dari tubuh dapat dikeluarkan. Semoga Allah memberi kita kesempatan bertemu dengan Ramadan. Insha'allah.

Aiskrim Coklat Cip

Aiskrim Goreng

Sup Tulang dan Makaroni

Rambutan

Gulai Lemak Udang Galah dan Rebung Bertempoyak

Sambal Tempoyak

Makaroni Sup

Tuesday, July 19, 2011

Tetamu pagi Ahad

Burung Engkeng... keluarga burung enggang

Angry Birds

Sudah lama pasangan ini tidak berkunjung. Pagi Ahad dah gegar pagar...7.30 pagi di sini. 10.30 pagi di Pt. Jawa... Jauh sungguh penerbangan pasangan ini...

Doa Benteng/Penggerak

Doa Benteng/Penggerak

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran